Edar Dadah: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Terhadap Warga Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini Jumaat mengekalkan hukuman mati terhadap seorang warga Indonesia yang didapati bersalah mengedar 866 gram kanabis enam tahun lepas.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang mengetuai persidangan panel tiga hakim iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan akhir Muklis Jafar.

Panel itu mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Februari 2009 yang mensabit dan menjatuhi hukuman mati terhadap Muklis kerana mengedar dadah itu di Jalan Shahpadu, Kampung Teluk Kapas, Rantau Panjang, Klang, Selangor pada 9.45 malam 21 September 2004.

Mahkamah Rayuan turut menolak rayuan Muklis pada 17 November 2009.

Muklis mempunyai jalan akhir iaitu dengan merayu kepada Lembaga Pengampunan untuk menukar hukuman mati kepada hukuman penjara.

Hakim Hashim, yang menyampaikan keputusan itu, tidak bersetuju dengan hujah peguam T.Vijay bahawa rantaian keterangan telahpun terputus yang menjejaskan kes pendakwaan.

Menurut fakta kes, Muklis, yang sedang menunggang motosikal, ditahan polis dalam satu serbuan berhampiran Jalan Shapadu, Kampung Teluk Kapas, Klang.

Polis menemui satu paket plastik lutsinar mengandungi satu kepingan bahan tumbuhan kering dari bahagian depan seluar Muklis ketika melakukan pemeriksaan tubuh.

Vijay menegaskan bahawa wujud keraguan berhubung dadah itu memandangkan ia tidak dipateri ketika disimpan di dalam stor makmal forensik polis selama tiga hari dan kunci stor itu disimpan oleh DSP Samad Yahya yang tidak dipanggil sebagai saksi, malah tidak ditawarkan sebagai saksi kepada pihak pembelaan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache berhujah tiada keterangan yang mencadangkan bahawa dadah itu diusik atau dicampur aduk kerana saksi pendakwaan, seorang penganalisis cap jari, memberi keterangan bahawa beliau menerima dadah itu dalam keadaan baik. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan