Bersih Mohon Semakan Kehakiman Batalkan Perintah Pertubuhan Haram

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan perintah yang mengisytiharkan gerakan itu sebagai pertubuhan haram.

Kesemua 14 anggota berkenaan termasuk Datuk S. Ambiga memfailkan permohonan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi peguam mereka, Tetuan Azzat & Izzat.

Dalam permohonan itu, mereka menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan sebagai responden.

Kesemua anggota berkenaan antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan pengisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuatkuasa serta merta.

Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.

Para anggota itu juga memohon perintah mandamus yang mengarahkan Menteri Dalam Negeri dan KPN untuk memulangkan semula baju-t, pelekat, surat khabar, sepanduk dan apa-apa dokumen lain atau objek kepunyaan mereka yang dirampas.

Mereka mendakwa perintah yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan haram kerana ia didakwa "digunakan untuk tujuan memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam".

Mereka menegaskan bahawa Bersih 2.0 adalah secara substantif berlainan dengan gerakan yang dikenali sebagai Bersih, yang dilancarkan pada 2007 dan dianggotai parti-parti politik dan pertubuhan masyarakat.

Sedangkan Bersih 2.0 adalah hanya terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan masyarakat tanpa disertai parti-parti politik sama sekali dan dilancarkan pada November 2010, kata mereka.

"Dengan yang demikian, perintah itu daripada segi undang-undang tidak boleh digunakan untuk menghadkan atau menjadikan aktiviti Bersih 2.0 haram dan dengan itu, pengumuman yang dilakukan oleh responden pertama (Menteri Dalam Negeri) adalah tidak sah kerana ia salah daripada segi undang-undang," kata mereka.

Mereka juga mendakwa tidak diberi peluang untuk menjelaskan kedudukan mereka sebelum Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan