Pembunuhan Banting: Suspek Dakwa Didera Polis

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua pekerja ladang yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mengadu di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, bahawa mereka telah menerima layanan yang tidak sepatutnya daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam Gurbachan Singh berkata, anak guamnya, T. Thailayangan, 20, dan tertuduh ketiga, R. Matan, 21, mendakwa mereka diarahkan untuk berbogel kerana dituduh menyorokkan pemetik api selepas pulang ke Penjara Kajang apabila perbicaraan tamat pada Selasa.

''Anak guam saya juga memberitahu bahawa dia dan Matan diarahkan untuk memasukan jari ke dubur atau akan dipukul jika enggan. Kedua-dua tertuduh tidak mahu melakukannya,'' kata Gurbachan.

Beliau seterusnya menambah, Thailayangan juga diarahkan untuk melakukan tekan tubi sehingga buku limanya cedera.

Menurut Gurbachan, pihaknya memohon perhatian daripada Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir kerana perkara itu menyakitkan tertuduh.

Ketika disoal jika tertuduh boleh mengecam pegawai polis yang melakukan perbuatan itu, Gurbachan menjawab, terdapat beberapa anggota terlibat dan salah seorangnya bernama 'Azeli'.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Matan pula berkata, anak guamnya tidak seharusnya diperlakukan sedemikian.

Akhtar kemudiannya meminta agar pegawai polis itu jika telah dikenal pasti dibawa ke mahkamah untuk disoalnya bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut. ''Saya memandang serius perkara ini dan pihak pendakwaan, tolong beri bantuan dalam mengenal pasti siapa yang terlibat,'' katanya.

Perbicaraan hari ketiga hari Rabu, juga menyaksikan Sabrina Adnan, 32, yang merupakan isteri kepada peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim yang turut dibunuh bersama Sosilawati, dipanggil memberi keterangan selaku saksi pendakwaan ke-14.

Wanita yang kelihatan sugul itu memberitahu, kali terakhir dia menerima panggilan daripada Ahmad Kamil adalah pada pukul 7.50 malam, 30 Ogos 2010 memaklumkan dia tidak akan pulang selama 3 hari. ''Saya tanya dia nak ke mana, tapi dia tidak jawab,'' katanya semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff.

Katanya lagi, semasa itu, Ahmad Kamil ada bertanyakan jika dia boleh menjaga tiga anak mereka. Selepas itu, Sabrina berkata semua panggilan telefonnya tidak bersambung dan terus dimasukkan ke peti suara. Perbicaraan bersambung petang ini.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan