Mahkamah Tolak Rayuan Anwar Ketepikan Hakim Mohd. Zabidin

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan Rabu menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwatnya.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hasan Lah membuat keputusan tersebut setelah menimbangkan hujah-hujah pihak peguam bela dan pendakwa raya.

"Kami berpendapat tidak ada sebab kami tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Jun lalu," katanya.

Menurutnya, keputusan itu tidak menafikan hak Anwar dalam mendapat suatu perbicaraan yang adil.

"Oleh itu, kami menolak rayuan itu dan penghakiman penuh akan diberikan kemudian," katanya.

Lain-lain hakim yang turut bersidang ialah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Ahmad Maarop.

Anwar yang berpakaian kot kelabu hadir ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Pada 6 Jun, Zabidin menolak permohonan kali ketiga ketua pembangkang itu supaya beliau (Zabidin) menarik dari daripada mendengar perbicaraan itu, selepas memutuskan bahawa tidak terdapat merit terhadap permohonan itu.

Anwar, 63, membuat permohonan tersebut kerana mendakwa Zabidin telah membuat keputusan awal kesnya dengan menerima keterangan saksi utama pendakwaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai keterangan benar.

Mohd Zabidin, bagaimanapun, membenarkan permohonan Anwar supaya perbicaraan itu ditangguhkan sehingga keputusan rayuan dibuat selain menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan.

Susulan keputusan mahkamah menolak rayuan itu, peguam bela Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah menangguhkan sebutan pada 13 Julai ini.

Bagaimanapun, Hasan tidak membenarkan permohonan Karpal tersebut.

Terdahulu, dalam bantahan awal terhadap rayuan Anwar, pendakwa raya, Datuk Nordin Hassan berkata, pihaknya membantah rayuan kerana keputusan kes itu belum muktamad dan oleh itu, tidak boleh dirayu.

Karpal pula dalam hujah balasnya berkata, rayuan tersebut patut dibenarkan kerana kepentingan umum.

Anwar, 63, didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya, bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, terhadap dakwaan melakukan liwat tersebut.

Dakwaan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebatan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Karpal memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan mahkamah hari ini pada keesokannya.

Katanya, pihaknya turut akan mengemukakan usul kepada mahkamah supaya menangguhkan sebutan kes Anwar pada 13 Julai ini.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan