Suami Saya Mahu Selamatkan Sosilawati - Saksi

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Isteri kepada pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad yang mati akibat dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya mengakui bahawa dia marah dengan tindakan suaminya mahu membantu jutawan kosmetik itu sehingga sanggup meninggalkan keluarga selama tiga hari.

Suzana Radin Pangat, 39, memberitahu, Noorhisham menghubunginya selepas berbuka puasa, iaitu kira-kira pukul 8 malam, 30 Ogos 2010 memaklumkan beliau mahu menyelamatkan Sosilawati yang menerima ugutan 'gambarnya dalam keadaan tidak elok' mahu disebarkan oleh pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin atau dikenali sebagai Kamal.

Suara Suzana yang dipanggil selaku saksi pendakwaan kelapan di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, kemudiannya tersekat-sekat kerana menahan sebak semasa diminta mengimbas kembali perbualan terakhir mereka.

"Dia beritahu dia dan Kamil (peguam Ahmad Kamil Abdul Karim) mahu membantu Sosilawati. Dia minta saya faham dan minta maaf banyak-banyak pada saya. Dia kata akan balik dalam masa tiga hari dan akan ceritakan apa yang berlaku.

"Saya tanya dia di mana tapi dia tidak jawab dan terus matikan telefon bimbit. Dia seperti mahu cepat kerana saya tanya dia berbuka di mana pun dia tidak jawab," kata Suzana pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.

Wanita bertubuh tinggi lampai itu menambah, kelakuan suaminya sangat berbeza kerana sudah menjadi kebiasaan untuk mangsa menjawab soalannya, selain akan memaklumkan jika akan pulang lewat atas urusan kerja atau berjumpa pelanggan.

Suzana dan Noorhisham berkahwin pada 20 Oktober 1995 dan dikurniakan tiga orang anak.

Dia yang bekerja sebagai pembantu peribadi di Ibu Pejabat Bank CIMB di Jalan Raja Laut juga memberitahu, dia telah menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Noorhisham kira-kira lima hingga 10 minit selepas talian diputuskan kerana berasa marah.

"Saya hantar SMS berbunyi kenapa dia sanggup bantu orang tapi tinggalkan saya dan anak-anak. Dia ada hubungi saya semula, tapi saya tidak jawab kerana saya marah," katanya.

Pada keterangan lain, Suzana memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan Noorhisham adalah pada pagi hari mangsa dilaporkan hilang, iaitu semasa suaminya menghantarnya ke pejabat pada pukul 8 pagi.

Semasa itu, Noorhisham memakai baju korporat CIMB Bank Islamik yang berwarna hijau dan memakai jam tangan Longiness yang diterimanya pada tahun 2008 atas pencapaian cemerlang daripada CIMB Bank.

Suzana yang dapat mengawal emosinya sepanjang perbicaraan bagaimanapu gagal menahan esakan apabila diminta oleh Ishak untuk mengecam jam tangan terbabit.

Dia mengambil masa beberapa minit untuk membelek-belek jam berwarna perak itu sebelum menundukkan kepala dan menangis sambil merenung jam itu. Seorang jurubahasa mahakamah kemudiannya menghulurkan tisu kepada saksi.

Hakim Datuk Akhtar Tahir bertanyakan kepada Suzana jika dia memerlukan masa untuk berehat, tetapi Suzana tetap bertegas mahu meneruskan keterangannya.

Pada keterangan lain, Suzana memberitahu Noorhisham telah menghubunginya pada sekitar pukul 4 petang, 30 Ogos 2010 bagi memaklumkan bahawa dia akan ke Banting bersama Ahmad Kamil berhubung urusan perniagaan Sosilawati.

Katanya, sejak daripada itu, suaminya tidak pernah pulang ke rumah serta tidak menjawab panggilan telefon semasa bersahur pada pukul 3 pagi, 31 Ogos 2010 menyebabkan dia membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Suzana sedang memberi keterangan terhadap peguam N. Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T.Thailayangan, 21; R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; Noorhisham, 38; Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, perbicaraan pada hari kedua juga menyaksikan anak keempat Sosilawati, Erni Erinawati Sofia Buhari, 22, dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-11 bagi mengesahkan dua laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Dang Wangi bertarikh 31 Ogos dan 2 September 2010.

Katanya, laporan itu dibuat atas maklumat dan arahan kakak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana yang tidak dapat berbuat demikian kerana perlu menjaga adik-adik yang lain di rumah.

Remaja tersebut yang bertanggungjawab menjaga cawangan syarikat Nouvelles Beauty Centre Sdn Bhd yang diusahakan oleh emaknya di Cyberjaya, dekat sini juga diminta untuk mengulas keperibadian Kamaruddin.

"Uncle Kamal (gelaran kepada Kamaruddin) mula bekerja dengan emak sejak tiga tahun yang lalu sebagai pemandu dan pembantu peribadi. Uncle seorang yang baik, suka berjenaka dan seorang yang mengambil berat," katanya.

Erni Erinawati Sofia yang memakai baju kurung dan bertudung merah jambu, dilihat mengelapkan air matanya semasa diminta oleh Ishak untuk mengecam gambar ibunya berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan