Bekas Broker Didakwa Tipu Pengarah Lebih RM5 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas broker mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas lima pertuduhan termasuk satu tuduhan menipu seorang pengarah sebuah kilang berhubung urusan penjualan tanah bernilai lebih RM5 juta.

Tertuduh, Siew Fui Kong, 53, didakwa menipu Wong Ban Tin, 52, yang bekerja di Syarikat Heveaplast Marketing Sdn Bhd bahawa seorang peguam yang merupakan pemilik tanah bersetuju untuk menjual tanah pada harga RM5,071,344.80.

Tanah tersebut terletak di Lot 549, Sungai Penaga, Mukim Damansara, Petaling Jaya, dekat sini dan merupakan kepunyaan See Ewe Lin, 56, dan See Leong Chye, 67.

Perbuatan tertuduh didakwa telah menyebabkan syarikat berkenaan membuat pembayaran kepada pihak daripada firma guaman Tetuan Zainudin Wan Nadzim Chua dan Mazlinda, yang mana Heveaplast tidak akan berbuat demikian jika tidak diperdayakan olehnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 November 2008 dan 30 April 2009 di nombor 2, Jalan TPP, Taman Perindustrian Puchong, Seksyen 6, Pinwang Industrial Park, Puchong, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada hujung bulan ini didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat dan denda.

Selain itu, Siew yang berasal dari Vista Komanwel, Jalan Bukit Jalil, Kuala Lumpur juga menghadapi empat pertuduhan melibatkan diri dalam kegiatan menggubah wang haram berjumlah RM836,153.

Tertuduh didakwa menerima wang itu yang merupakan hasil daripada aktiviti haram antara 18 Disember 2008 dan 12 Ogos 2009, di tiga cawangan Bank CIMB di Kajang, Kuala Lumpur dan Cheras.

Daripada jumlah wang tersebut, RM450,000 adalah didakwa dimasukkan ke dalam akaun isterinya, Loke Sau Lin, 52.

Lelaki bertubuh tinggi itu didakwa mengikut subsekyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya C. Vignesh Kumar menawarkan jaminan sebanyak RM300,000 untuk semua pertuduhan atas alasan kesalahan itu adalah serius dan membabitkan nilai yang tinggi.

Bagaimanapun, tertuduh dalam Bahasa Melayu yang tidak begitu fasih, merayu agar jumlah itu dikurangkan atas alasan tidak mempunyai pendapatan bulanan tetap selepas setahun tidak bekerja.

"Saya juga tidak tahu hal ini boleh terjadi. Saya harap hakim dapat faham keadaan saya. Saya ada tiga anak yang masih bersekolah dan isteri tidak berkerja.

"Kalau saya ada wang, saya sudah angkat peguam," katanya dan menambah, dia telah memberikan segala maklumat yang diketahuinya kepada pihak polis semasa siasatan dijalankan.

Hakim Mohd Fadhir Harun membenarkan jaminan tertuduh pada jumlah RM100,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan agar pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mendengarkan jumlah itu, Siew sekali lagi mengangkat tangannya dan kembali merayu agar jumlah tersebut masih dapat dikurangkan.

"Saya betul-betul minta tolong untuk kurangkan jaminan kerana wang saya telah dibekukan bagi kesalahan mengubah wang haram. Satu sen pun saya tidak ada," katanya.

Vignesh Kumar membantah tindakan tertuduh kerana berpendapat mahkamah telah membuat keputusan yang adil dalam menentukan jumlah jaminan apabila mengurangkan jumlah yang ditawarkan beliau.

Mohd Fadhir mengekalkan jumlah RM100, 000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 1 Ogos depan untuk tertuduh melantik peguam.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan