Anak Raja Petra Bebas Tuduhan Mencuri

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, melepas dan membebaskan anak kepada pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin daripada dua pertuduhan mencuri yang didakwa dilakukannya dua tahun lalu.

Majistret Nurkamilah Aziz membuat keputusan itu terhadap Raja Azman, 35, selepas mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie untuk memanggil dia membela diri.

Sebaik sahaja mendengar keputusan itu, Raja Azman dilihat tersenyum.

“Syukur, Alhamdulillah,” katanya apabila dihampiri oleh pihak media, dan menambah, tidak mahu mengulas panjang mengenai pembebasannya.

Sebelum ini, dia dibicarakan atas pertuduhan mencuri telefon bimbit, jam tangan Seiko dan satu rangkai kunci motosikal yang dianggarkan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saiful Adli Mohamad Yunus, 21.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Sastera U2/1K, Seksyen U2, Shah Alam, pada pukul 10 pagi, 24 April 2009.

Selain itu, dia turut didakwa memiliki harta curi iaitu motosikal Yamaha 135 LC bernilai RM6,000 milik seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, pada pukul 10.40 malam, 5 Mei 2009 di Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong.

Raja Azman, yang tidak bekerja diwakili oleh peguam J. Chandra manakala pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Husnita Mohd Radzi. Ini merupakan kali kedua Raja Azman dibebaskan daripada pertuduhan mencuri, selepas mahkamah membuat keputusan sama pada 23 September 2010.

Semasa itu, dia dibebaskan daripada dua pertuduhan mencuri iaitu motosikal Yamaha RXZ nombor pendaftaran BJQ9597 bernilai RM8,000 dan dompet yang berisi wang RM20, cukai jalan, dua kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), dan lesen memandu milik operator pengeluaran, Mohd Syaiful Setapa.

Dia juga didakwa atas tuduhan memecah masuk rumah Mohd Syaiful, 26, pada pukul 9.30 pagi, 20 Mac 2009 di nombor 65, Jalan Batas 2 19/6B, Seksyen 19, di sini, ada jam 9.30 pagi, 20 Mac 2009.

Dia didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 19 Mei 2009.

Semasa berada di Penjara Sungai Buloh, Raja Azman menimbulkan kontroversi apabila bertindak menelan bilah pisau cukur dan mencederakan tangan kirinya.

Kejadian itu berlaku pada 8 Februari 2010.

Bagaimanapun, pada 27 Februari 2010, Raja Azman mengakui bahawa perbuatannya adalah sebagai tanda protes apabila dia diasingkan sel oleh warden.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan