Ahli Parlimen Sabak Bernam Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, memerintahkan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri untuk membela diri terhadap lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu yang berjumlah RM80,000, tiga tahun lalu.

Abdul Rahman, 46, didakwa melakukan kesalahan itu semasa dia menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan bagi dijawab oleh tertuduh.

Beliau seterusnya menetapkan 14 dan 15 September depan untuk ahli politik dari Barisan Nasional itu untuk membela diri.

Pada prosiding sama, Azhaniz Teh turut memerintahkan pembantu Abdul Rahman, Rosli Busro, 43, membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam melakukan semua lapan kesalahan yang didakwa.

Pada 3 November 2009, Abdul Rahman mengaku tidak bersalah menggunakan dokumen peruntukkan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Antara tuntutan yang dinyatakan ialah membeli hadiah dan cenderamata serta penganjuran jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili beliau.

Beliau juga didakwa membuat tuntutan menggunakan butiran palsu mengenai Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT di DUN Sungai Ayer Tawar, Program Forum Perdana Peringkat Mukim Bagan Nakhoda Omar, program mesra rakyat dan Hari Keluarga Guru-guru KEMAS serta Program Mesra Rakyat dan sambutan Maulud Nabi.

Semua tuntutan palsu itu membabitkan jumlah RM10,000 setiap satu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008 di Pejabat Daerah Sabak Bernam dekat sini.

Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili Abdul Rahman.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan