Bekas CEO Hadapi 25 Pertuduhan Palsukan Dokumen Untuk Perolehi RM126.3 Juta

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat kitar semula barangan petroleum mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 25 pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan wang berjumlah RM126.3 juta dari 2008 hingga 2009.

Mohamed Assari Che Mahmood, 51, didakwa menggunakan dokumen palsu seperti bil muatan dan invois bagi memperdaya pegawai Maybank Trade Finance Centre di Seksyen 14 di sini, untuk meluluskan permohonan penerimaan jurubank berjumlah RM126.3 juta, antara 21 Dis 2008 dan 16 Dis 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi setiap pertuduhan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Fadhir Harun menetapkan 29 Julai untuk menyebut semula kes itu dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan dokumen perjalanannya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah agar semua pertuduhan Mohamed Assari dibicarakan serentak.

Terdahulu, Izalina menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin dari keluarga tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Abdul Aziz Hamzah berkata Mohamed Assari hanya mampu menyediakan RM50,000 kerana tidak mempunyai kerja tetap.

Beliau berkata, tertuduh pernah bekerja dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa selama 21 tahun dan di Belanda selama 10 tahun, sebelum kembali ke Malaysia untuk membesarkan keluarganya di sini.

Bagaimanapun, Izalina membantah dan mendakwa jumlah RM1 juta adalah berpatutan bagi semua pertuduhan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan