Bekas Banduan Ke Penjara Terlibat Kes Pecah Rumah

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang bekas banduan yang mempunyai sekurang-kurangnya lima rekod kesalahan lampau, sekali lagi menjadi penghuni tembok besi apabila pada Khamis dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini.

Che Mat Resap dihukum penjara empat tahun setelah mengaku salah terhadap pertuduhan pecah rumah dan mencuri seunit komputer riba, selaras senapang patah, barang kemas, duit syiling berjumlah RM100 dan seratus butir peluru di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Oh, Jabi, Jerteh, antara 8.30 malam hingga 10.30 malam, 2 Ogos tahun lepas.

Che Mat, 44, juga dihukum penjara dua tahun setelah mengaku salah terhadap pertuduhan mencuri motosikal jenis Honda Wave di Pasir Akar, di sini, antara pukul 10 pagi hingga 9.45 malam, 29 Mei tahun lepas.

Majistret Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 2 Feb tahun ini.

Ahmad 'Adha 'Amir ketika menjatuhkan hukuman itu berkata mahkamah mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang menjimatkan masa mahkamah.

Sebelum itu, ketika merayu hukuman ringan, Che Mat yang merupakan seorang penganggur berkata beliau menanggung lima anak yang masih bersekolah.

Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Mohd Rozaime Ab Rahim pula ketika meminta hukuman setimpal dikenakan memberitahu mahkamah tertuduh sebelum ini pernah beberapa kali dipenjarakan atas beberapa kesalahan termasuk membunuh tanpa niat.

Mohd Rozaime berkata tindakan tertuduh melarikan senjata api dan melakukan jenayah pecah rumah adalah sesuatu perbuatan yang serius, tambahan pula tertuduh pernah dipenjara.

Che Mat yang memakai baju lokap hanya tersenyum sepanjang prosiding berlangsung. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan