Bekas Pemandu Teksi Didakwa Cabul Penumpang

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Belum pun habis perbicaraan terhadapnya atas kesalahan mencabul didengar, seorang bekas pemandu teksi sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas dua lagi kesalahan yang serupa.

Seperti juga kes-kes terdahulu, Saravanan Marimuthu, 28, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Lelaki tinggi lampai itu didakwa atas tuduhan memaksa seorang penolong pengurus berusia 29 tahun untuk melakukan seks oral terhadapnya, pada pukul 3.30 pagi, 6 Mac lalu.

Selain itu, dia juga didakwa atas kesalahan meraba buah dada mangsa, yang semasa itu menaiki teksi yang dipandu oleh tertuduh.

Tertuduh yang memberitahu bahawa dia kini bekerja sebagai buruh membuat rumah juga menghadapi pertuduhan ketiga, iaitu bagi kesalahan menyamun telefon BlackBerry dan wang tunai RM500 milik mangsa.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukannya di dalam teksi semasa dalam perjalanan daripada Jalan P. Ramlee ke kondominium tempat mangsa menetap di Jalan San Peng, di sini.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan dia mempunyai kesalahan lampau, di mana dia telah didapati bersalah atas tuduhan mencabul.

Selain itu, Malini Anne menambah, tertuduh masih mempunyai dua tuduhan yang masih di peringkat perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini.

"Tertuduh juga seorang pemandu teksi dan dikhuatiri dia akan membahayakan penumpang teksi lain. Kesalahan ini dikhuatiri akan berulang," katanya.

Saravanan yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar dibenarkan jaminan atas alasan dia perlu menyara keluarga.

"Saya tidak lagi memandu teksi. Saya perlu menjaga keluarga kerana ayah saya baru menjalani pembedahan dan emak saya tidak bekerja.

"Hanya saya yang kerja. Kakak saya sudah berkahwin dan dua orang adik saya masih bersekolah," katanya.

Emilia Kaswati selepas menimbangkan pekara tersebut, memutuskan agar jaminan tidak diberikan kepada tertuduh dan menetapkan 3 Ogos depan sebagai sebutan semula kes untuk tertuduh melantik peguam.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan