Anggota Tentera Didakwa Rogol, Cabul Anak

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera berpangkat Staf Sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan merogol dan mencabul anak kandungnya yang berusia 15 tahun.

Tertuduh yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan meminta dirinya dibicarakan atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Dia yang bertubuh sederhana dan berkulit sawo matang itu didakwa merogol mangsa di dalam bilik sebuah rumah di Desa Tun Hussein Onn, di sini pada pukul 3 pagi, 21 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Mangsa yang masih belajar merupakan anak kedua dari empat beradik, hasil perkahwinannya dengan seorang anggota tentera.

Tertuduh ditangkap pada 22 Jun lalu selepas mangsa membuat laporan polis.

Selain itu, tertuduh juga menghadap dua tuduhan mencabul mangsa yang didakwa dilakukannya pada hari yang sama dan pada sekitar pertengahan tahun 2010, di rumah yang sama.

Untuk kesalahan mencabul, pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 354 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana khuatir mangsa akan diganggu oleh tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah membenarkan dirinya dijamin, dan turut memaklumkan bahawa isterinya hadir di mahkamah.

Semasa disoal oleh Emilia Kaswati, isteri tertuduh yang memakai tudung merah jambu dan berjubah hitam memberitahu, dia sanggup menggalas tanggungjawab sebagai seorang penjamin.

"Sebagai seorang isteri, saya tahu suami saya memang bermasalah," katanya dan menambah, dia akan memastikan anaknya tidak diganggu.

Selain itu, wanita tersebut juga memberi aku janji akan menghalang suaminya daripada berjumpa dengan anak mereka, yang akan diletakkan di kem tentera.

"Saya akan minta bantuan bagi melarang suami saya daripada memasuki kem," katanya lagi.

Emilia Kaswati kemudiannya menetapkan jaminan tertuduh pada jumlah RM8,000 dengan seorang penjamin dan memberi amaran bahawa jaminan tersebut akan dibatalkan sekiranya terdapat laporan mengatakan tertuduh berjumpa dengan mangsa.

selain itu, beliau juga memeriintahkan supaya tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran setip bulan dan kes akan disebut semula pada 2 Ogos depan untuk dia melantik peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berlainan, seorang anggota polis diarahkan untuk membela diri atas tuduhan merogol dan mendatangkan kecederaan ke atas seorang wanita berusia 22 tahun, empat tahun lalu.

Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh A. Tinnerson, 29.

Beliau seterusnya menetapkan 22 Julai ini untuk tertuduh yang tidak diwakili peguam berbuat demikian.

Tinnerson didakwa merogol mangsa pada antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam, 2 Januari 2007 di dalam kereta Proton Wira di Jalan Stadium Merdeka, Dang wangi, di sini.

Dia juga didakwa mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, iaitu dengan menampar pipi, mencekik leher dan menggigit anggota mangsa seperti di lutut, paha dan betis pada masa dan di tempat yang sama.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan