Sebutan Permohonan Hadanah Anak Norish Karman September

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Permohonan hadanah (penjagaan anak-anak kekal) yang difailkan oleh dramatis Singapura, Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir akan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 15 Disember depan.

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menetapkan tarikh itu pada Isnin, tanpa kehadiran Norish, Hashimuddin mahupun peguam-peguam syarie yang mewakili mereka semasa kes dipanggil pada pukul 10.35 pagi.

Kes itu pada asalnya ditetapkan untuk dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin, yang difahamkan bercuti sakit pada hari ini.

Norish Karman, 35, dan Hashimuddin, 62, berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, 8, dan Putri Hany Amanda, 7.

Pasangan itu disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini pada 15 Julai 2008 tanpa merekodkan persetujuan mengenai hak penjagaan anak. Pelakon drama Kasut Tumit Tinggi itu memfailkan tuntutan hak jagaan kekal terhadap anak-anaknya pada 10 Oktober 2008.

Pada prosiding sebelum ini, Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman diwakili oleh peguam syarie, Amli Embong manakala Hashimuddin diwakili peguam syarie, Muhammad Buruk.

Pada 12 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan) Norish berkaitan tuntutan jagaan termasuk agar disediakan sebuah kenderaan Nissan Morano beserta dengan seorang pemandu untuk kegunaan anak.

Bagaimanapun, Hashimuddin yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan memfailkan bantahan awal terhadap permohonan bekas isterinya pada 1 Jun 2010.

Berdasarkan afidavit sokongan Hashimuddin, beliau mendakwa sebuah kenderaan lengkap dengan pemandu telah disediakan untuk urusan persekolahan anak pada bila-bila masa.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan