Permohonan ADUN Batal Perintah Kerajaan Negeri Pulau Pinang 26 Julai

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim bagi membatalkan arahan agar beliau mengosongkan Pusat Komuniti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga yang diwakilinya akan diputuskan pada 26 Julai ini.

Arahan untuk mengosongkan pusat komuniti tersebut didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Utara pada 8 November 2010.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan oleh kedua-dua pihak pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar pada Isnin.

Pada prosiding itu, Azhar, 65, diwakili oleh peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos manakala peguam Malik Imtiaz Sarwar hadir bagi mewakili pegawai pejabat daerah terbabit dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dinamakan sebagai responden.

Semasa ditemui, Jahaberdeen berkata, pihaknya menghujahkan bahawa arahan untuk mengosongkan pusat komuniti itu adalah tidak rasional, tidak wajar dan dibuat tanpa mengendahkan kepentingan masyarakat.

"Penubuhan pusat komuniti tersebut adalah di antara persetujuan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan untuk memberi khidmat kepada penduduk di kawasan Penaga," katanya.

Menjawab hujahan itu, Malik Imtiaz berkata, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan itu kerana mereka adalah pemilik tanah premis tersebut.

Selain itu, Malik Imtiaz menambah, kepentingan masyarakat dan peranan Azhar selaku ADUN Penaga tidak akan terjejas dengan arahan pengosongan yang diterima beliau.

Azhar memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 19 November 2010 bagi memohon deklarasi bahawa arahan yang dikeluarkan oleh pejabat daerah sebagai tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.

Beliau yang bertanding atas tiket Barisan Nasional mendakwa, arahan untuk mengosongkan premis itu dibuat dengan niat jahat (mala fide) dan berdasarkan agenda politik.

Berdasarkan rekod mahkamah, Azhar yang menjadi ADUN sejak 1990, mendakwa terdapat perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat pada 2005 untuk membina pusat komuniti yang dikenali sebagai Pusat Komuniti Kadun Penaga.

Dalam afidavit yang diikrarkan beliau pada 13 Disember lalu, beliau mendakwa pusat itu dibina pada tanah milik Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Pusat memberi peruntukkan RM245,000.

Beliau menambah, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pusat itu akan digunakan oleh ADUN Penaga yang dipilih, tanpa mengambil kira pegangan politik.

Dalam saman tersebut, Azhar mendakwa, pusat itu mula beroperasi pada 2006 dan digunakan oleh pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pergerakan pemuda dan juga sebagai pusat aktiviti agama.

Beliau mendakwa telah menerima notis pada 8 November lalu daripada pejabat daerah berkenaan mengarahkannya untuk memulangkan kunci pusat komuniti berkenaan atas alasan ia terletak di tanah Kerajaan Negeri.

Azhar seterusnya mendakwa, beliau telah menghantar surat bertarikh 16 November lalu untuk pegawai tersebut pertimbangkan arahan itu, tetapi masih belum menerima sebarang balasan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan