Dua Bekas Pengarah, Seorang Pengurus Akaun Didakwa Bersubahat

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua bekas pengarah dan seorang bekas pengurus akaun di sebuah syarikat pelaburan berasaskan rumpai laut hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan bersubahat menipu seorang pelabur dengan menawarkan skim pelaburan, tiga tahun lepas.

Pertuduhan ke atas kedua-dua bekas pengarah syarikat AK United Sdn Bhd iaitu Wong Yiak Leong, 46, dan Wong Gian Ming, 51, serta Choi Yuet Yee, 39, dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Pada bulan lepas, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh terhadap pertuduhan membantu mengurus penerimaan deposit daripada orang awam tanpa lesen.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan oleh jurubahasa mahkamah, ketiga-tiga tertuduh didakwa bersubahat dengan seorang lagi bekas pengarah syarikat itu, Choi Kok Peng, 46, dengan niat menipu Mohd Zaid Ali Kamarulzaman, 28, dengan menawarkan skim program perkongsian pintar yang menjanjikan pulangan yang tinggi.

Perbuatan itu mendorong Mohd Zaid membayar wang ke dalam akaun syarikat berkenaan (AK United Sdn Bhd) untuk menyertai skim tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tingkat 2 & 4, Wisma Dani, Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, di sini pada 22 Mac 2008, mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 125).

Jika disabitkan bersalah, ketiga-tiga tertuduh akan dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda RM30,000 atau kedua- duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Steve Chin Yun Cheong daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia memohon jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Namun, peguam Syamsir Alif Ismail yang mewakili Wong Yiak dan Wong Gian dan peguam M. Edmund yang mewakili Choi memohon supaya jaminan itu dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan sebelum ini, kesemua tertuduh dikenakan jaminan yang tinggi atas kesalahan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah oleh Mahkamah Sesyen 3 di sini.

Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh, masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Julai ini untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan