Anggota Polis Nafi Afifi Berbisik Kepada Benjy

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal pada Khamis, menafikan bahawa Afifi Hamid, yang merupakan pembantu kepada Benjy, ada berbisik kepada pelakon terbabit selepas mereka ditahan polis, tahun lalu.

Mohd Hasbudillah Mohd berkata, tindak-tanduk Benjy dan Afifi semasa mereka berada dalam perjalanan ke Kondominium Vista Mutiara, di Kepong Baru, di sini, berada dalam pemerhatiannya yang duduk bersebelahan mereka.

"Saya yang memerhatikan segala tindak-tanduk kedua-dua suspek (Benjy dan Afifi) yang bermula sejak mereka ditangkap di tempat letak kereta Kodominium Menara Duta 2 sehingga siasatan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur," katanya di Mahkamah Majistret di sini.

Mohd Hasbudillah berkata demikian semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim pada pemeriksaan utama terhadap saksi pendakwaan ke-13 tersebut.

Keterangan mengenai kejadian 'bisik' itu ditimbulkan dalam keterangan Afifi pada 31 Mei lalu semasa dia menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Benjy, Amer Hamzah Arshad.

Selain itu, saksi juga memberitahu bahawa sepanjang perjalanan, kereta itu berada dalam keadaan sunyi.

"Saya dapati suasana ketika itu biasa dan tenang sahaja. Radio juga tidak dipasang," tambah Mohd Hasbudillah.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, hadir di mahkamah dengan ditemani oleh bapanya dan adik perempuannya.

Prosiding Khamis, juga menyaksikan Amer Hamzah cuba untuk mencabar kebolehpercayaan Mohd Hasbudillah kerana mendakwa saksi tersebut telah memberikan keterangan yang bercanggah.

Ini berikutan jawapan saksi yang mengatakan bahawa keadaan di dalam kereta adalah 'senyap' semasa diminta oleh Noor Mawarni untuk menggambarkan suasana kereta pada waktu tersebut.

Bagaimanapun, saksi semasa disoal balas kemudiannya memberitahu, anak lelaki tunggal kepada seniwati Azean Irdawaty ada 'bercakap' untuk menunjukkan arah kepada anggota polis yang memandu kereta.

"Semasa pemeriksaan utama, saksi berkata suasana kereta adalah senyap, tetapi sekarang Benjy dikatakan pernah 'bercakap'. Mana satu yang betul ini?," kata Amer Hamzah.

Majistret Haffiza Sauni bagaimanapun, tidak membenarkan permohonan Amer Hamzah selepas berpendapat tiada percanggahan antara keterangan yang diberikan oleh saksi dengan rakaman percakapan siasatan.

Benjy sedang dibicarakan atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu pada pukul 4 petang, 11 Mac 2010 di nombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Jalan Segambut, di sini.

Dia yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin juga menghadapi tuduhan kedua, iaitu memiliki 0.14 gram dadah yang sama pada pukul 3 petang, hari yang sama di nombor C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Kepong, di sini.

Jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Benjy boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan