Bicara Khalwat Salim Parlan Ditangguh 26 Julai

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Mahkamah Syariah di sini menetapkan 26 Julai untuk mendengar semula kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dengan seorang wanita yang dikatakan pembantu peribadinya.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan tarikh itu selepas menolak permintaan awal peguam tertuduh, Wan Faridulhadi Yusoff yang meminta pendengaran ditangguhkan pada hari yang lain.

Wan Faridulhadi memberitahu mahkamah bahawa penangguhan itu adalah diperlukan untuk pendengaran keputusan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur berkaitan permohonan poligami dan pendaftaran perkahwinan anak guamnya.

Bagaimanapun, permintaan itu dibantah oleh ketua Pendakwaraya Syariah Negeri, Mohd Zulkhairi Aziz yang menyifatkan penangguhan perbicaraan hanya akan membuang masa mahkamah dan menyusahkan semua pihak yang terlibat.

Dalam keputusannya, Hakim Nik Bukhairi mengatakan mahkamah tetap akan meneruskan kes tersebut sementara menunggu keputusan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

"Jika permohonan poligami dan pendaftaran perkahwinan telah diluluskan oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh boleh dibatalkan atau ditarik balik oleh pendakwa raya," katanya.

Salim,51 yang berpakaian kemeja putih dan berseluar hitam dan Nur Diyana Norslan,30 berbaju kurung dan bertudung kelihatan tenang sepanjang perbicaraan dilakukan.

Mereka dilihat tiba berasingan di banggunan mahkamah dekat Jalan Batu Gantung.

Salim yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dituduh melakukan kesalahan bersama Nur Diyana di sebuah bilik di sebuah hotel dekat Batu Ferringhi pada pukul 5 pagi pada 16 April.

Mereka ditangkap dalam satu serbuan dijalankan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan polis.

Salim didakwa di bawah Seksyen 27 (a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nir Diyana didakwa di bawah Seksyen 27(b).

Mereka yang dibicarakan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau dipenjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Salim dan Nur Diyana dilaporkan telah berkahwin di luar negara dan akan mendaftarkan perkahwinan mereka di sini dengan pengetahuan isteri pertama Salim.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan