Remaja Didakwa Bunuh Peguam

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tiga hari selepas peguam, Datuk R. Anbalagan dibunuh, seorang pekerjanya dari India dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas tuduhan melakukan jenayah tersebut.

Tertuduh, R. Narayanan, 24, didakwa menetak Anbalagan, 56, yang juga seorang ahli perniagaan dengan menggunakan sebilah parang pada pukul 9.30 malam, 13 Jun lalu di Kuil Sri Ramalingeswarari di Lot 9221, Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat, di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum mati mandatori.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang mengakui faham akan pertuduhan itu.

Majistret Nadia Othman menetapkan sebutan semula kes pada 20 Julai ini.

Pada 14 Jun lalu, media melaporkan Anbalagan ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka di bahagian belakang badan, muka, bahu dan kedua-dua belah tangan.

Difahamkan, serangan itu berlaku apabila mangsa sedang berbincang dengan sami di kuil yang terdapat di ruang tamu banglo di dalam kebun kelapa sawit miliknya.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan pembantu rumah mangsa, Siti Aminah Mohamad Amran, 29, yang merupakan warga Indonesia.

Suspek pembunuhan itu berjaya ditangkap kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian selepas melarikan diri dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm milik mangsa.

Mangsa meninggalkan seorang isteri, Toh Puan A. Thelagam, 48, juga seorang peguam dan seorang anak perempuan, A. Srianantha Valli, 11.

Mayatnya disemadikan di Taman Peringatan Nirvana di Seksyen 21, Shah Alam, dekat sini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan