Mokhtaruddin Bakal Kemuka Representasi Terhadap Tuduhan Mencabul

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELAYANG: Pelakon era 70-an, Mokhtaruddin Mohd Said yang didakwa mencabul remaja 13 tahun di pusat perlindungan yang diasakannya akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan tersebut.

Peguam S.S Dev yang mewakili Mokhtaruddin berkata, representasi akan dihantar sebaik sahaja pihaknya menerima dokumen daripada pihak pendakwaan.

Majistret di sini, Muhammad Najib Ismail menetapkan sebutan semula kes pada 29 Julai ini untuk pihak pendakwaan berbuat demikian.

Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah.

Mokhtaruddin, 56, yang pernah berlakon dalam beberapa filem seperti Langit Tidak Selalunya Cerah (1981) dan Cikgu Sayang (1983) dipimpin oleh seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya semasa kesnya dipanggil.

Difahamkan, penglihatan pelakon tersebut mengalami masalah akibat penyakit katarak yang dihidapinya sejak sembilan tahun lalu.

Pelakon itu yang memakai baju kemeja batik berwarna kuning dan bersongkok hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh dua ahli keluarga.

Mokhtaruddin juga pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 dan 1984 menerusi filem Pasung Puaka dan Pertentangan.

Dia didakwa mencabul kehormatan mangsa pada pukul 2.30 petang, 1 Mei lalu di Asrama Raudhah, Batu 11, Gombak, dekat sini.

Mangsa merupakan penghuni rumah perlindungan remaja bermasalah itu yang diasaskan oleh Mokhtaruddin.

Kesalahan itu didakwa dengan cara mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa, yang membuat laporan polis sehari selepas kejadian.

Difahamkan, mangsa menghidap rumah tersebut tanpa kerelaannya.

Jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, pelakon itu boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan