Felda Dibenar Peroleh Butiran Lanjut Daripada Bekas Timbalan Menteri

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, membenarkan permohonan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) agar bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan dan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong mendedahkan butiran lanjut berhubung pertemuan yang dikatakan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Permohonan Felda yang memohon agar diberikan maklumat seperti tarikh dan tempat pertemuan yang didakwa oleh Tan berlaku, dimohon dalam saman fitnah RM200 juta yang difailkan Felda bersama anak syarikat, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd terhadap ahli politik itu.

Pada Jumaat, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof juga menetapkan saman tersebut didengar pada 7 sehingga 12 Julai ini.

Pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar itu, Felda diwakili oleh peguam Cheng Mai sementara peguam Ho Kok Yew mewakili Tan.

Felda memfailkan saman itu pada 25 Januari lalu kerana Tan yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa Felda bankrap.

Tan yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 6 September 2008 selepas melepaskan jawatan di parti Gerakan dikatakan membuat adalah individu kelima yang disaman berhubung kenyataan tersebut.

Felda selaku plaitif mendakwa, Tan telah mengeluarkan kenyataan itu semasa ditemuramah oleh seorang wartawan milik pembangkang, Suara Keadilan, Faizal Zakaria beberapa hari sebelum 22 Jun 2010.

Menurut plaintif, Tan mengetahui bahawa pernyataan fitnah yang dibuat kepada wartawan terbabit sepanjang temuramah berlangsung akan disiarkan dalam akhbar itu.

Dakwanya lagi, akhbar itu dalam keluaran bertarikh 22-29 Jun 2010 telah menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam berita utama muka depan bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan empat lagi artikel berkaitan dalam keluaran sama.

Sebuah lagi artikel dalam edisi yang sama dengan keterangan di muka surat pertama bertajuk ‘Kontroversi’ berserta gambar dan sambungannya di muka surat 3 bertajuk ‘Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu’ yang turut didakwa mengandungi perkataan fitnah.

Plaintif seterusnya mendakwa, fitnah serius oleh defendan boleh menyebabkan penghinaan dan mengaibkan kedua-duanya di khalayak ramai, masyarakat negara ini dan luar negara selain mendatangkan kerugian yang maksimum.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan