Shamsuddin Tak Layak Beli Hartanah RM6.5 Juta

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni tidak layak bertindak bagi pihak syarikat dalam pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah banglo di Seksyen 7 di sini, pada tahun 2004.

Shamsudin pada keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, memberitahu bahawa resolusi syarikat bagi pembelian hartanah itu dikeluarkan pada 5 Januari 2005, sedangkan perjanjian jual beli ditandatangani pada 23 Disember 2004.

Perjanjian tersebut ditandatangani antara Shamsuddin dan pemilik asal, Saiful Aznir Shahabudin.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan kedua yang disoal balas oleh peguam Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, pembelian itu diketahui oleh seorang lagi pengarah Ditamas, iaitu isterinya, Rahmah Kassim.

"Ya, di atas kertas, saya tak ada kuasa. Tapi, saya ada bincang dengan isteri saya dan dia tahu saya tanda tangan perjanjian jual beli,' katanya.

Shamsuddin juga memberitahu, terdapat dua resolusi syarikat yang dikeluarkan, iaitu bagi pembelian tanah dan banglo di lot 8 serta tanah lapang di lot 10.

Justeru itu, Kamarul Hisham menyatakan bahawa tiada resolusi dikeluarkan bagi pembelian peralatan rumah yang berharga RM1.5 juta yang dinyatakan pada perjanjian jual beli ketiga.

Namun begitu, saksi tetap menegaskan bahawa dia ada membuat pembayaran itu yang terkandung dalam jumlah keseluruhan hartanah itu yang bernilai RM6.5 juta.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan