Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman Tiga Bekas Juruterbang MAS

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Khamis menolak permohonan semakan kehakiman oleh tiga bekas juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS) untuk membatalkan keputusan Mahkamah Perusahaan yang memutuskan penurunan pangkat mereka kerana salah laku adalah betul.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak permohonan itu dengan kos di dalam kamar.

Peguam Datuk T. Thavalingam yang mewakili MAS memberitahu pemberita mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Industri kerana tiada alasan bagi pemecatan konstruktif.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 2 Julai tahun lepas, Azlan Zainal Abidin, 55, Ahmad Kamil Shahperi Shahibi, 51, dan Samsudin Zainol Abidin, 57, menamakan MAS dan Mahkamah Perusahaan sebagai responden.

Mereka menuntut ganti rugi dan relif lain yang difikirkan munasabah oleh mahkamah.

Ketiga-tiga juruterbang itu menyertai MAS antara 1975 dan 1979 dan jawatan terakhir yang disandang mereka ialah selaku Kapten Juruterbang B747-400 dan menerima gaji terakhir lebih RM27,000.

Mereka menerima sepucuk surat bertarikh 8 Dis 2004, daripada MAS menyatakan mereka terlibat menubuhkan Asmara Air Services Sdn Bhd tanpa kebenaran syarikat terlebih dahulu, yang membawa kepada tindakan salah laku.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan Eddie Yeo Soon Chye dalam keputusannya pada 21 Mei berkata ketiga-tiga juruterbang berkenaan gagal untuk membuktikan mereka diturunkan pangkat tanpa sebab yang adil oleh syarikat penerbangan berkenaan.

Yeo juga berkata penurunan pangkat yang dikenakan terhadap mereka selepas perbicaraan disiplin dijalankan tidak melanggar kontrak kerana ia adalah penalti lebih rendah berbanding pemecatan, yang boleh juga dikenakan.

Peguam R. Subitra mewakili ketiga-tiga pemohon. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan