Bekas Pengarah Imigresen P.Pinang Kali Terakhir Isytihar Aset Tahun 2004

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas Pengarah Imigresen Pulau Pinang, yang sedang dibicarakan kerana didakwa memiliki aset serta harta melampaui kemampuannya sebagai penjawat awam, kali terakhir membuat deklarasi aset pada tahun 2004, demikian Mahkamah Sesyen dimaklumkan, Selasa.

Penolong Pengarah Sumber Manusia Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Nurhafiza Ismail ketika memberi keterangan di mahkamah berkata, rekod menunjukkan tertuduh, Abdul Rahman Harun, kali terakhir membuat deklarasi aset ialah pada 16 Januari 2004.

Menurutnya, semua kakitangan awam diwajibkan membuat deklarasi aset atau harta setiap lima tahun sekali.

Nurhafiza menjelaskan, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad bagaimanapun telah mengeluarkan satu notis melalui surat bertarikh 30 November tahun lalu kepada Abdul Rahman agar membuat deklarasi aset.

“Beliau adalah satu-satunya pegawai Imigresen yang diberikan notis tersebut tahun lalu,” katanya.

Abdul Rahman, 52, didakwa di bawah Seksyen 36(3) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 pada 11 Oktober tahun lalu kerana didapati memiliki aset melebihi daripada apa yang diisytiharkannya.

Dia didakwa memiliki secara keseluruhannya RM817,355 dalam bentuk aset dan juga wang tunai.

Daripada jumlah itu, RM681,355 didapati tersimpan dalam tiga akaun bank dan sebidang tanah di Ayer Hitam, Sepang, Selangor, yang ditafsirkan bernilai RM136,000.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjarakan sehingga maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai lebihan aset sebagaimana yang diisytiharkan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dan Fariza Hamzah daripada SPRM, sementara Abdul Rahman diwakili oleh Raftfizi Zainal Abidin, C.N. Sritharan, Zamri Idrus dan Mohd Fadly Hashim.

Ketika disoal balas, Nurhafiza bersetuju bahawa adalah tidak mustahil pihak jabatan kehilangan rekod pengisytiharan harta yang dibuat oleh Abdul Rahman selepas tahun 2004.

Apabila ditanya bagaimana beliau begitu pasti bahawa tertuduh adalah satu-satunya pegawai yang menerima notis pengistiharan aset tahun lalu, Nurhafiza menjawab, segala urusan yang berkaitan dengan pengisytiharan aset adalah di bawah tanggungjawab dan pengetahuannya.

Abdul Rahman buat masa ini digantung dari tugas sementara menunggu perbicaraan kesnya selesai.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan