Lelaki Disyaki Bookie Ditahan Semula SPRM Di Perkarangan Mahkamah

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini pada Ahad membebaskan seorang lelaki yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu untuk membantu siasatan berhubung skandal mengatur perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Piala Presiden T-Team.

Lelaki berumur 50-an itu bagaimanapun ditahan sejurus keluar dari bangunan mahkamah oleh pegawai SPRM dari Putrajaya di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini untuk siasatan kes lain.

Suspek yang merupakan ahli perniagaan, ditahan di Seremban, Negeri Sembilan pada 8 Jun lepas dan dibebaskan oleh Majistret Noradila Ab Latif setelah tempoh tahanan remannya berakhir pada Ahad.

Menurut peguam suspek, Alias Abdullah, anak guamnya ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Alias berkata anak guamnya dibebaskan setelah pihak SPRM Terengganu berpuas hati dengan siasatan berkaitan sogokan dan sindiket perjudian bola sepak yang melibatkan pemain pasukan itu.

Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih pasukan Piala Presiden T-Team membuat pendedahan berhubung amalan rasuah dan mengatur perlawanan yang berlaku dalam pasukan itu tahun lalu.

Dalam laporan terbabit, bekas jurulatih itu mengaku telah menerima rasuah sehingga mencecah ribuan ringgit bagi mengatur perlawanan melibatkan pasukan Piala Presiden T-Team. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan