Mahkamah Tetapkan 5 Julai Dengar Permohonan DBKL Batal Saman Penduduk

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Julai ini untuk mendengar permohonan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membatalkan saman penduduk Ladang Bukit Jalil berhubung notis pengusiran dan merobohkan rumah mereka.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mengadakan perjumpaan dengan peguam Muhammad Afiq Mohamad Noor, mewakili 41 penduduk yang merupakan bekas pekerja ladang, pada pengurusan kes itu pada Khamis.

Muhammad Afiq memberitahu media mahkamah mengarahkan plaintif (penduduk) untuk memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan DBKL untuk membatalkan saman itu sebelum 15 Jun.

Pada 14 Mac lepas, penduduk ladang berkenaan memfailkan saman terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa mereka mempunyai hak eksklusif dan ekuiti terhadap tanah itu, mereka juga memfailkan permohonan injunksi interim untuk menghalang DBKL daripada merobohkan rumah mereka.

Pada 10 Mei lepas, Hakim Zabariah menolak permohonan mereka untuk injunksi interim bagi menghalang DBKL daripada merobohkan rumah mereka.

Bagaimanapun, mereka berjaya memperoleh injunksi interim daripada Mahkamah Rayuan sementara menunggu rayuan mereka didengar berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ladang Bukit Jalil, sebelum ini berkeluasan 7,200 hektar telah berkurangan kepada 10.4 hektar selepas pembangunan pesat di kawasan itu.

Pada perbicaraan untuk mendengar permohonan injunksi 27 April lepas, mahkamah diberitahu DBKL telah menyerahkan tanah (10.4 hektar) itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dijadikan kawasan perkuburan Islam.

Peguam Ragunanth Kesavan yang mewakili penduduk berhujah penduduk berkenaan bukan setinggan kerana mereka tidak menceroboh kawasan berkenaan dan telah tinggal di situ selepas tanah itu dijual kepada pemaju swasta.

Peguam Ashmadi Othman yang mewakili Datuk Bandar berhujah Datuk Bandar hanya menjalankan tugasnya dengan mengeluarkan notis pengusiran itu dan saman terhadap Datuk Bandar adalah tidak wajar. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan