ROS Tidak Batal Pendaftaran PKR - Berita Mahkamah | mStar

ROS Tidak Batal Pendaftaran PKR

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik permohonannya untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi menghalang tindakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran parti berkenaan selepas ROS tidak berhasrat berbuat demikan.

ROS melalui suratnya bertarikh 30 Mei, memaklumkan bahawa mereka berpuas hati dengan penerangan yang diberikan parti sebagai jawapan kepada surat tunjuk sebab sebelum itu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Abang Iskandar Abang Hashim membatalkan permohonan itu selepas parti itu menggugurkannya pada Rabu melalui peguamnya R. Sivarasa.

PKR memfailkan permohonan pada 1 Jun selepas menerima surat tunjuk sebab daripada ROS bertarikh 9 Mei untuk membatalkan pendaftarannya.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail dengan menamakan ROS sebagai responden.

Pemohon-pemohon juga memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah larangan bagi menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan sehingga pendengaran kes di mahkamah selesai.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan