Keluarga Teoh Beng Hock Gagal Heret Nazri Ke Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Abang kepada Teoh Beng Hock gagal dalam percubaan kali keduanya agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dikenakan tindakan menghina mahkamah atas dakwaan memanggil pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojasunan menipu semasa prosiding inkues pembantu politik itu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir pada Rabu, menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Teoh Meng Kee dan menyifatkan ia sebagai bermasalah.

Meng Kee memfailkan semakan itu ekoran permohonan asalnya telah ditolak oleh Koroner Azmil Muntapha Abas yang mendengar inkues tersebut.

Prosiding inkues diadakan selepas Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan