Permohonan Kali Ketiga Anwar Agar Hakim Tarik Diri Ditolak

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam percubaan ketiganya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zabidin Mohd Diah supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwat yang sedang berjalan.

Pada mulanya, mahkamah hari ini dijadual mendengar kes pembelaan dan Anwar dijangka menjadi saksi pembela yang akan dipanggil.

Bagaimanapun, mahkamah perlu mendengar permohonan Anwar terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan kes pembelaan.

Hakim Mohamed Zabidin dalam menolak permohonan Anwar mendapat permohonan itu tidak mempunyai merit.

Beliau juga membenarkan permohonan melalui peguamnya Karpal Singh menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan hari ini dan menetapkan 13 Julai untuk sebutan.

Karpal berkata beliau akan memfailkan satu notis rayuan tengah hari Isnin.

Sebelum itu, Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah permohonan itu dengan menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa keputusan yang dibuat semasa perbicaraan tidak boleh dirayu.

Ini merupakan permohonan Anwar bagi kali ketiga supaya Hakim Mohamed Zabidin menarik diri selepas dua permohonan sebelum ini semasa kes pendakwaan ditolak hakim.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama.

Dakwaan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebatan.

Sebelum itu, Karpal dalam hujahnya untuk memujuk hakim supaya membenarkan permohonan itu berkata terdapat keterangan yang jelas bahawa hakim berat sebelah apabila membuat keputusan lebih awal apabila memutuskan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan seorang saksi yang boleh dipercayai pada akhir kes pendakwaan.

Karpal berkata mahkamah telah tersalah arah berhubung standard pembuktian dalam pendakwaan mengenai permohonan ujian penilaian maksimum kepada keterangan oleh Mohd Saiful, dan oleh itu, hakim adalah bersalah kerana membuat keputusan lebih awal dan berat sebelah.

Mohamed Yusof menjawab bahawa Anwar membuat permohonan itu bagi melambat-lambatkan perbicaraan.

"Beliau telah nampak peluang. Ini merupakan peluang kamu untuk memberi versi kamu kepada orang ramai, apapun, ini merupakan peluang kamu untuk membela atas sumpah," kata Mohamed Yusof yang menyebabkan Anwar yang berada di kandang saksi mencelah "bila...bila".

Mohamed Yusof juga berkata ini merupakan permohonan ketiga Anwar dan ia mungkin dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records kerana beliau tidak tahu mana-mana kes lain apabila pihak pembela secara konsisten memohon supaya hakim mengundur diri.

Beliau berkata tiada apa yang salah apabila hakim memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai kerana keterangan Mohd Saiful selari dengan keterangan saksi-saksi pakar.

Mohamed Yusof berhujah bahawa pihak pembela hanya bergantung kepada satu perenggan daripada 180 perenggan dalam penghakimman untuk menyatakan bahawa hakim telah membuat keputusan lebih awal dan jika perenggan itu dibaca dengan salah, ia mungkin membawa tafsiran bahawa hakim telah membuat keputusannya.

Karpal menjawab bahawa pihak pembela tidak melambat-lambatkan perbicaraan dengan menyatakan bahawa hanya terdapat lima saksi yang telah ditemu bual oleh pihak pembela dan mereka bukan saksi-saksi material.

"Anwar tidak takut untuk memberi keterangan tetapi apa yang dikhuatirkan sama ada dia akan mendapat perbicaraan yang adil," katanya.

Beliau berkata pihak pendakwa masih belum mengemukakan saksi iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk pihak pembela menemu bual mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan