Pengarah Ditamas Bebas Tuduhan Subahat Dengan Bekas MB

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dalam pertuduhan menggunakan kedudukkannya untuk mendapatkan pemilikan banglo dan tanah di Seksyen 7, di sini.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamad menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

"Pihak pendakwaan tidak bercadang untuk meneruskan pertuduhan Seksyen 165 Kanun Keseksaan terhadap Shamsuddin. Bagaimanapun, pertuduan ke atas Dr Mohamad Khir Toyo akan diteruskan di bawah akta sama. Justeru, saya memohon peruntukan pembebasan dan pelepasan dimasukkan terhadap Shamsuddin," katanya.

Mengikut pertuduhan, Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan bekas Menteri Besar itu, untuk melakukan ksalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Dr Mohamad Khir, yang menjawat jawatan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pada perbicaraan kes itu hari ini, Mohtarudin membenarkan permohonan peguam Dr Mohamad Khir, M. Athimulan, untuk menangguhkan perbicaraan itu sehingga Rabu ini atas alasan beliau (Athimulan) terpaksa mendapatkan beberapa dokumen penting daripada pendakwaan berhubung kes itu.

Selain itu, beliau juga berkata pihaknya terpaksa mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya (Dr Mohamad Khir) berhubung tuduhan yang dihadapinya memandangkan ada perkembangan baru dalam kes itu (penarikan balik pertuduhan ke atas Shamsuddin).

Pada perbicaraan hari ini, selain Athimulan, Dr Mohamad Khir diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

Shamsuddin pula diwakili peguam Datuk C.Vijaya Kumar dan Tan Hock Chuan. Perbicaraan hari ini turut dihadiri Dr Mohamad Khir dan isterinya, Zahrah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan