Liwat II: Anwar Fail Notis Mohon Hakim Mohamad Zabidin Tarik Diri

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis, memfailkan permohonan agar Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar kes liwatnya menarik diri daripada terus mendengar kes tersebut.

Permohonan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, menerusi firma guaman Tetuan Karpal Singh Merrs & Co.

Ini merupakan percubaan ketiga Anwar untuk menggugurkan Mohamad Zabidin dan dua percubaan sebelum ini berakhir dengan permohonannya ditolak, pada tahun lalu.

Permohonan pertama dikemukakan pada 8 Februari 2010 atas alasan Mohamad Zabidin berat sebelah ekoran enggan melayan permohonannya agar tindakan menghina mahkamah dikenakan terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan.

Selepas gagal kali pertama, Anwar sekali lagi membuat permohonan serupa pada 25 November 2010 dan kali ini atas alasan hakim berkenaan telah melakukan ugutan menghina terhadap peguam utamanya, Karpal Singh.

Dalam permohonan terbaru itu, Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh menyatakan bahawa hakim berkenaan telah membuat pra-penghakiman di akhir kes pendakwaan dan berat sebelah.

Selain itu, beliau juga mendakwa perbuatan tersebut telah mengakibatkan dirinya tidak mendapat suatu perbicaraan yang adil di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, Anwar turut memohon agar perbicaraan kes liwatnya yang telah diputuskan pada peringkat akhir pendakwaan dibicarakan semula (de novo) di hadapan seorang hakim yang berbeza.

Berdasarkan afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Anwar, beliau mendakwa tidak akan menerima perbicaraan yang adil sekiranya Mohamad Zabidin terus mendengar kes tersebut.

Beliau juga mendakwa, keputusan Mohamad Zabidin yang mengarahkan beliau untuk membela diri atas pertuduhan tersebut pada 16 Mei lalu hanya satu 'formality kosong' yang tidak bermakna.

Sementara itu, Karpal semasa ditemui memberitahu, permohonan terebut akan didengar pada Isnin depan, yang telah ditetapkan sebagai tarikh untuk Anwar mengemukakan pembelaan selaku saksi pertama.

"Jika permohonan ini ditolak, kami akan memohon agar kes ditangguhkan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan," tambah Karpal.

Menyentuh mengenai perkembangan terbaru barisan pembelaan, peguam S. N Nair yang turut mewakili Anwar memberitahu, sehingga ini pihaknya telah menemubual lima saksi.

Antaranya ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar dan bekas pegawai perubatan di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr Mohd Osman Abd Hamid.

"Pihak kami juga akan mendapatkan bantuan daripada pihak pembelaan untuk menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor," tambahnya.

Anwar, 64, telah diarahkan untuk membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Azlan Bukhari, 26, pada antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, nombor 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini.

Pendakwaan terhadap beliau dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan