Permohonan PKR Terhadap ROS Didengar 8 Jun

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi menghalang tindakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran parti berkenaan akan didengar pada 8 Jun ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Azrul Darus pada Selasa menetapkan permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

Pihak media dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh salah seorang peguam yang mewakili PKR, Fadiah Nadwa Fikri.

PKR memfailkan permohonan tersebut pada Selasa, menerusi Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail dengan menamakan ROS sebagai responden.

Pemohon-pemohon juga memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah larangan bagi menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan sehingga pendengaran kes di mahkamah selesai.

Permohonan tersebut difailkan ekoran ROS didakwa telah mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap PKR bertarikh 9 Mei lalu meminta sebab mengapa pendaftaran parti tidak boleh dibatalkan kerana dikatakan telah memecat seorang ahli secara salah.

Bagaimanapun, pemohon dalam alasan permohonan mereka mendakwa, ahli berkenaan yang didakwa ROS - A. Rajagopal dan dipecat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 1 April atau 27 April 2009 - tidak pernah menganggotai PKR.

Sebaliknya, pemohon menyatakan bahawa ahli yang dipecat adalah A. Jayagopal, nombor keahlian K060000280 010 dan pemecatan itu dibuat menerusi keputusan mesyuarat MPT yang diadakan pada 26 April 2009.

Pemecatan tersebut didakwa dilakukan atas alasan Jayagopal telah melanggar Pekeliling Setiausaha Agung bertarikh 11 Mac 2009 apabila bertanding sebagai calon bebas dan menentang calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Selambau.

Jayagopal memperoleh 36 undi pada PRK tersebut dan berdasarkan pekeliling parti, ahli yang mendaftarkan diri sebagai calon pada mana-mana PRK tanpa kebenaran PKR akan dipecat serta-merta tanpa merujuk kepada ahli berkenaan.

Justeru itu, pemohon mendakwa keputusan ROS adalah satu perkiraan yang tidak wajar dan satu salah guna kuasa kerana ia jelas merupakan satu keputusan yang tidak mempunyai asas yang mencukupi.

Pemohon juga mendakwa, keputusan ROS dibuat berdasarkan niat jahat dan bertujuan untuk menghalang PKR daripada mengambil bahagian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang akan datang.

Selain itu, pemohon juga mendakwa, keputusan ROS adalah satu perkiraan yang tidak wajar kerana keputusan itu adalah bersifat menindas dan merupakan pencabulan hak sesebuah parti politik.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan