Kes Rasuah Bekas Pengurus Kanan Sime Darby Diteruskan Tanpa Saksi Utama

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes rasuah melibatkan bekas pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Mazhazmi Jamaludin berkemungkinan akan diteruskan, walaupun saksi utama kes tidak dapat dikesan.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kevin Morais berkata, saksi tersebut yang merupakan rakyat Singapura, Redzuan Goh Mohammed tidak lagi berada di negara berkenaan.

"Pihak berkuasa Singapura memaklumkan saksi telah keluar daripada Singapura dan daripada sumber, difahamkan saksi berada di Batam, Indonesia," kata Kevin di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Hakim Rozilah Salleh seterusnya menetakan 8 Julai depan sebagai sebutan semula kes untuk SPRM memaklumkan lokasi Redzuan manakala 18 Julai ditetapkan untuk pihak pendakwaan memaklumkan sama ada akan meneruskan pendakwaan atau tidak.

Mazhazmi, 37, didakwa menerima rasuah tunai RM200,000 daripada Redzuan yang merupakan pemilik syarikat pembinaan kapal, MLC Shipbuildings Sdn Bhd (MLC) pada antara pukul 1.25 dan 5 petang, 31 Disember 2008.

Suapan tersebut dikatakan sebagai upah bagi mencadangkan MLC kepada Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai AS$134.2 juta (RM467.9 juta) dan sebagai balasan kepada tertuduh yang mengesahkan bayaran tertentu bagi pembinaan kapal-kapal tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat syarikat tersebut di Megan Avenue 1, Blok C, 6-1, Jalan Tun Razak, di sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Jika sabit kesalahan, Mazhazmi boleh dihukum penjara mandatori 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Mazhazmi pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam Shamsul Sulaiman.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan