Notis Selcat Terhadap Peguam Batal

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun tidak perlu menghadiri perbicaraan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor (Selcat) ekoran notis yang diterima beliau terbatal selepas diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Zaleha Yusof pada Selasa, turut memutuskan bahawa notis yang diterima oleh Mohd Hafarizam pada 12 April lalu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dan juga bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau juga memutuskan bahawa tindakan Mohd Hafarizam menghantar surat tuntuan terhadap firma guaman yang mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim tidak termasuk dalam perbuatan yang dianggap sebagai penghinaan kepada DUN Selangor.

"Surat tuntutan tersebut adalah surat biasa antara dua peguamcara. Pemohon hanya menjalankan tugasnya mengikut Aturan Profesion Perundangan (Amalam dan Etika) 1978.

"Saya tidak nampak bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kuasa dan hak keistimewaan dewan. Tambahan pula, surat tuntutan tidak pernah dialamatkan kepada dewan," katanya.

Selain itu, Zaleha juga memutuskan bahawa notis Selcat hanya boleh mengarahkan seseorang untuk memberi keterangan atau mengemukakan dokumen, dan bukannya untuk seseorang menjawab sebarang pertuduhan.

"Notis yang diterima oleh pemohon jelas mengandungi pertuduhan," katanya pada penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar, Azmil Muntapha Abas.

Justeru itu, beliau membenarkan permohonan saman pemula yang difailkan oleh Mohd Hafarizam terhadap tiga defendan, iaitu DUN Selangor, Selcat dan Setiausahanya, Mohamad Yasid Bidin dengan kos.

Saman tersebut difailkan pada 26 April lalu.

Bagaimanapun, jumlah kos masih belum ditetapkan dan peguam Aisha Abdul Mubarak yang mewakili Hafarizam memaklumkan bahawa pihaknya menawarkan RM30,000 sebagai jumlah kos.

Pada prosiding itu, Mohd Hafarizam turut diwakili oleh peguam Wan Azmir Wan Majid manakala peguam Morzawani Morni hadir bagi pihak defendan.

Majlis Peguam Malaysia yang bertindak selaku pemerhati dalam prosiding itu diwakili oleh peguam Muhammad Afiq Muhammad Noor.

Sementara itu, Mohd Hafarizam yang ditemui meluahkan rasa syukur terhadap keputusan yang memihak kepadanya.

"Saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang peguam. Saya juga kesal dengan Majlis Peguam Malaysia yang hanya bertindak sebagai pemerhati dalam kes ini," katanya.

Mohd Hafarizam sebelum ini diarahkan untuk menghadiri perbicaraan Selcat selepas menghantar surat tuntutan yang dikeluarkanya terhadap firma guaman Tommy Thomas yang mewakili Teng pada 29 Mac lalu berhubung satu kes mahkamah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Surat tuntutan itu dikeluarkan bagi menuntut kos RM40,000 daripada Teng selepas Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa Badrul Hisham kekal sebagai ADUN di kawasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2008.

Pada 1 April lalu, DUN Selangor meluluskan Usul No. 7, Tahun 2011 memutuskan bahawa Badrul Hisham dan Mohd Hafarizam dirujuk kepada Selcat atas tuduhan menghina dewan kerana menghantar surat kepada Teng dalam bahasa tidak senonoh, biadap dan mengugut.

Sekiranya gagal hadir, ia merupakan suatu kesalahan yang jika disabitkan boleh dihukum penjara selama setahun dan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 4, Enakmen Penghinaan Dewan 2008.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan