Kelantan lawan Petronas: Mahkamah Tetapkan 30 Jun Untuk Urusan Kes Bergantung Pada Rayuan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan akan memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu terhadap keengganan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuannya untuk menghalang kerajaan persekutuan dari mencampuri dalam saman melanggar kontrak terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berhubung royalti minyak.

Peguam Rishwant Singh yang mewakili Petronas memberitahu media bahawa kerajaan negeri Kelantan akan memfailkan permohonan itu di Mahkamah Persekutuan dalam beberapa minggu ini.

Kerajaan negeri juga akan memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu terhadap keengganan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan keduanya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi tidak memindahkan semula saman itu ke Mahkamah Komersial Baru (NCC).

Rishwant menyatakan demikian selepas pertemuan dengan Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof, bila kes itu muncul untuk urusan pada Isnin.

Pada 26 Mei, Mahkamah Rayuan menolak rayuan kerajaan negeri, kerana berpendapat kehadiran kerajaan persekutuan dalam saman itu adalah perlu bagi menentukan semua perkara yang dipertikaikan dalam kes itu dapat diadili sepenuhnya.

Mahkamah Rayuan juga mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya saman itu dibicarakan di Mahkamah Sivil Baru (NCVC) dan bukan di mahkamah komersial, di mana saman itu difailkan.

Kerajaan negeri menyaman Petronas kerana dikatakan melanggar kontrak berhubung bayaran tunai yang wajar dibayar kepada Kelantan atas hasil minyak.

Dalam kenyataan tuntutannya, kerajaan negeri menuntut Petronas melunaskan bayaran tunai yang tertangguh dan bayaran masa depan atas minyak yang dihasilkan di luar pantai Kelantan sebagaimana termaktub dalam perjanjian petroleum. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan