Hujahan Bertulis Kes Teoh Tidak Akan Diumumkan Sebelum 24 Jun

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujahan bertulis tiga anggota yang membantu Suruhanjaya untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock tidak akan diumumkan sebelum laporan keputusan siasatan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong bulan depan.

Setiausaha Suruhanjaya Datuk Saripuddin Kasim berkata Majlis Peguam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pegawai Pengendali sebulat suara memutuskan demikian setelah bermesyuarat bersama pihak suruhanjaya di sini Isnin.

Katanya pada 25 Mei lalu Majlis Peguam dan pegawai pengendali telah menyerahkan hujahan bertulis masing-masing manakala SPRM menyerahkannya pada 27 Mei lalu.

Sama ada laporan keputusan siasatan akan diumumkan kepada orang ramai atau tidak, hanya akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan ia bukan hak suruhanjaya untuk memutuskannya, jelasnya.

Saripuddin berkata anggota suruhanjaya yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen kini dalam proses meneliti pelbagai dokumen termasuk hujahan bertulis daripada tiga pihak tersebut dan 21,000 muka surat yang meliputi nota keterangan dan lampiran yang dikemukakan sepanjang prosiding siasatan.

Pegawai pengendali yang terdiri daripada Amerjeet Singh, Kwan Li Sa dan Awang Armadajaya Awang Mahmud menyerahkan dokumen setebal 100 muka surat manakala Majlis Peguam diwakili peguam Christopher Leong dan SPRM yang diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, masing-masing setebal 400 muka surat.

Sementara itu, Muhammad Shafee yang ditanya pemberita mengenai kelewatan SPRM menghantar hujahan bertulis berkata setiap pihak mempunyai hak untuk memohon penangguhan dan kelewatan itu berpunca daripada masalah teknikal serta kesibukannya menghadiri persidangan hak asasi manusia di luar negara.

Prosiding siasatan kematian Teoh berakhir pada 10 Mei lepas setelah selesai memanggil 70 saksi sejak memulakan prosiding pada 14 Februari lepas.

Teoh, 30, setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Selain Foong, suruhanjaya turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Sepanjang persidangan, pelbagai saksi dipanggil termasuk pakar patologi, psikiatri, anggota keluarga dan pegawai SPRM selain terdapat beberapa fakta baru yang tidak didedahkan pada inkues mengenai kematian Teoh di Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini.

Anggota suruhanjaya akan menyerahkan hasil siasatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 24 Jun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan