Warga Nigeria Hadapi Tuduhan Edar Heroin, Kanabis

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Seorang warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua tuduhan mengedar dadah jenis heroin dan kanabis.

Emmanuel Muwonge, 29, dituduh mengedar 43 pellet yang mengandungi heroin seberat 804.92 gram di tepi jalan berhampiran stesen minyak Petronas Tanah Merah di sini pada 14 Mei 2011 kira-kira 11.55 malam.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang masih belajar di institusi pengajian di negaranya, didakwa mengedar kanabis seberat 15kg di tempat dan masa yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1986) dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta yang sama, yang membawa hukuman gantung mandatori.

Majistret Ahzal Fariz Khairuddin menetapkan 24 Julai depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris manakala tertuduh diwakili peguam K.T. Jayaraj. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan