Hindraf Fail Semakan Kehakiman Mohon Daftar Sebagai NGO

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Penaja kepada Hindraf Makkal Shakti (Hindraf), P. Ramesh pada Rabu, memfailkan permohonan semakan dengan menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai responden bagi mengenepikan keputusan beliau tidak membenarkan persatuan itu didaftarkan sebagai sebuat badan bukan kerajaan (NGO).

Selain Perdana Menteri, turut dinamakan sebagai responden ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan.

Permohonan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini menerusi firma Tetuan M. Manoharan & Co.

Pada permohonannya, pemohon yang beralamat di Buntong, Ipoh, Perak memohon perintah mandamus untuk mengarahkan responden membenarkan permohonan pemohon supaya Hindraf diluluskan dan didaftarkan sebagai NGO.

Selain itu, pemohon juga memohon agar kos permohonan tersebut dijelaskan oleh responden-responden.

Berdasarkan alasan permohonan Ramesh yang diikrarkan pada 24 Mei lalu, dia mendakwa responden telah gagal atau enggan atau cuai untuk meluluskan permohonan daripada pihak pemohon untuk mendaftar sebagai sebuah NGO yang dihantar pada 2 Oktober 2009.

Pemohon seterusnya mendakwa, pihaknya sekali lagi menghantar permohonan dengan melampirkan semua dokumen yang dikhendaki oleh responden pada 23 Mac 2011 yang dikatakan turut tidak diluluskan.

Selain itu, pemohon juga mendakwa tindakan responden tidak meluluskan permohonan tersebut adalah dibuat dengan niat jahat kerana mendakwa responden telah meluluskan 46,870 permohonan NGO lain, tetapi enggan meluluskan permohonan pemohon.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan