Dadah: Dua Lelaki Pakistan Terlepas Dari Tali Gantung

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Khamis melepas dan membebaskan dua lelaki rakyat Pakistan dan seorang lelaki dari Uganda setelah didapati tidak bersalah terhadap tuduhan mengedar dadah.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu pada akhir kes pendakwaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap dua warga Pakistan, Jahangir Aslam Chonan, 41, dan Makhdoom Qasim, 40, serta Musaazi Ivan Okorocha, 22, dari Uganda.

Beliau bagaimanapun mengarahkan ketiga-tiga lelaki terbabit dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh dua minggu dan dilarang memasuki Malaysia pada masa akan datang kecuali dengan perintah undang-undang.

Ketiga-tiga lelaki tersebut dituduh mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1953 kerana mengedar dadah berjumlah 1,287.09 gram (1,160 gram heroin dan 126.99 gram Monoacetylmorphine) di sekitar kawasan restoran KFC, Jalan Raja Laut pada 10 Mac 2008, pukul 5.30 petang.

Ketika penghakimannya, Ghazali berkata terdapat keraguan dalam penandaan identiti barang kes, warna dan berat dadah yang dirampas serta pertuduhan dengan niat bersama antara ketiga-tiga tertuduh juga tidak dimasukkan dalam pertuduhan.

Katanya terdapat juga pihak ketiga iaitu dua lelaki Afrika N. Guesan Jean dan Obeik Keneth yang tidak didakwa bagi pertuduhan yang sama sedangkan Guesan ketika ditahan di tempat kejadian mempunyai wang berjumlah US$27,000 (kira-kira RM82,000).

"Persoalannya kenapa dua lelaki ini tidak dituduh bersama dan diberitahu oleh saksi bahawa kerana tidak mendapat arahan pendakwaan (untuk dituduh) dan satu lagi ditangkap di bawah Akta Imigresen," katanya.

Lelaki itu telah dihantar pulang ke negara asalnya dan tidak dapat dipanggil sebagai saksi. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan