Suruhanjaya Siasatan Teoh Beng Hock: Dua Pihak Fail Hujahan

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pihak yang terlibat dalam suruhanjaya siasatan kematian Teoh Beng Hock pada Rabu, memfailkan hujahan bertulis masing-masing selepas prosiding berakhir pada 10 Mei lalu.

Pihak tersebut ialah wakil daripada Jabatan Peguam Negara (AG) yang bertindak sebagai pengendali suruhanjaya dan Majlis Peguam Malaysia.

Hujahan AG difailkan pada pukul 3.12 petang oleh seorang wakil manakala peguam Christopher Leong memfailkan hujahan bagi pihak Majlis Peguam pada pukul 4.54 petang.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum memfailkan hujahan mereka dan meminta lanjutan masa untuk berbuat demikian pada Jumaat ini.

Menurut urusetia suruhanjaya, Mohamad Bukhari Ab Hamid berkata, pihaknya menerima surat permohonan lanjutan masa daripada peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM.

Sementara itu, Christopher yang ditemui berkata, pihaknya menyediakan hujahan setebal 340 halaman yang turut disertakan dengan 24 nas undang-undang.

"Pihak saya tidak gembira dengan kegagalan pihak SPRM untuk menghantar hujahan pada masa yang ditetapkan.

"Kami juga akan memohon agar hujahan tersebut didedahkan kepada umum kerana ia melibatkan kepentingan awam," tambahnya.

Prosiding suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen akan menyerahkan hasil siasatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 24 Jun ini.

Selain Cheng Yuen, panel suruhanjaya itu dianggotai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan Pakar Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Beng Hock selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka.

Teoh, 30, yang merupakan pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Kematian itu menimbulkan persoalan kerana beberapa jam sebelum itu dia diminta hadir ke pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 plaza sama untuk berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukkan kerajaan Negeri Selangor.

Suruhanjaya dikendalikan oleh tiga pegawai pengendali iaitu Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Amarjeet Singh, Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa. Prosiding siasatan yang bermula pada 14 Februari lalu melibatkan 70 saksi, manakala suruhanjaya melantik penyiasat persendirian warga Britain, Michael Leslie Squires untuk melakukan penyiasatan.

Keluarga Teoh sebelum ini diwakili oleh peguam-peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo yang kemudiannya menarik diri daripada menyertai prosoding suruhanjaya dan langkah itu diikuti oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Kerajaan Selangor.

Suruhanjaya tersebut bersidang selama 60 hari.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan