Penganggur Dipenjara Dua Tahun Kerana Curi Syampu

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BHARU: Seorang penganggur menghadapi hukuman dua tahun penjara selepas mengaku bersalah mencuri enam botol syampu di sebuah pasaraya, di sini.

Nor Azmi Mohd Amin melakukan kesalahan tersebut di sebuah pasaraya di Taman Kota Masai sekitar pukul 12 tengahari pada 20 Mei lalu.

Dia disiasat di bawah Sekyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda di atas kesalahan mencuri barang barang-barang yang bernilai RM107.40.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Tan Poh Vun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret, Mazana Sinn menjatuhkan hukuman 24 bulan penjara kepada tertuduh.

Sementara itu di sebuah perbicaraan yang lain, seorang pekebun berusia 43 tahun dijatuhkan hukuman penjara lima bulan di atas kesalahan memiliki dadah.

Zulkifli Kalleh mengaku bersalah memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.33 gram di sebuah rumah di Felda Ulu Tebrau sekitar pukul 9.20 pagi pada 16 Mac.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000, hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

DPP Nor Iffa Zarilla Abd Rahman menjalankan pendakwaan tersebut di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor.

Pada masa yang sama seorang pekerja majlis perbandaran terlepas hukuman tali gantung selepas mengaku bersalah ke atas dua tuduhan berasingan memiliki dadah.

Mohd Redzuan Mohd Daud yang bekerja sebagai pembantu kerani di Majlis Bandaraya Johor Bharu melakukan kesalahan tersebut di Kampung Melayu Majidee sekitar pukul 6.25 petang pada Disember 2009.

Dia dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 10.2kg dadah jenis kanabis.

Bagi kesalahan kedua, dia didakwa memiliki 127gram dadah jenis methamphetamine di tempat yang sama dan dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia pada awalnya didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menyeludup dadah yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, isterinya, Noor Amalina Hamid, 24 yang didakwa di bawah pertuduhan yang sama dibebaskan oleh mahkamah.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan sepuluh sebatan untuk setiap pertuduhan kepada Mohd Redzuan.

Hukuman akan dijalankan serentak.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan