Hindraf Mohon Semakan Kehakiman Untuk Daftar Sebagai NGO

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Hindraf Makkal Shakti (Hindraf) pada Rabu memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga lagi yang tidak meluluskan Hindraf sebagai badan bukan kerajaan (NGO).

P. Ramesh memfailkan saman itu di Pejabat Mahkamah Tinggi menerusi tetuan M. Manoharan & Co.

Selain Najib, Ramesh turut menamakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan sebagai responden.

Ramesh turut menuntut satu perintah mandamus mengarahkan responden-responden memutuskan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Akta Pertubuhan dan undang-undang dalam tempoh tujuh hari dari perintah mahkamah supaya membenarkan permohonannya sebagai NGO.

Menerusi afidavit sokongan Ramesh berkata pihaknya telah menghantar permohonan pada 2 Okt 2009 supaya Hindraf diluluskan dan didaftarkan sebagai NGO tetapi responden-responden enggan meluluskannya.

Pada 11 April lalu pula, Ramesh membuat tuntutan yang sama dalam tempoh 14 hari dan sekiranya gagal berbuat demikian pihaknya akan menuntut di mahkamah.

Ramesh berkata permohonan itu dibuat berdasarkan hak kebebasan untuk menubuhkan persatuan yang termaktub dalam Artikel 10(1)(C) dan dibaca bersama Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan