Ahli Perniagaan Didakwa Tipu Penjual Barangan Kristal

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan menipu seorang penjual barangan kristal warganegara Taiwan sebanyak USD35,000 (RM100,000), Mac lepas.

Noorazlina Khalil, 38, yang merupakan pemilik Syarikat Alin Trading, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menipu Caroline Cheng, 43, dengan memperdayakan penjual barangan kristal itu bahawa dia boleh menyerahkan sejumlah wang bernilai 950,000 Pound Sterling (RM4.7 juta) sehingga mendorong Caroline memasukkan wang USD35,000 ke dalam akaun syarikat yang membekalkan barangan sekolah dan kanak-kanak tadika milik tertuduh.

Ibu kepada tiga orang anak itu dituduh melakukan kesalahan itu di OCBC Bank, Jalan Tun perak, Dang Wangi pada 21 Mac 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shashitah Mohamad Hanifa menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin.

Peguam Saranjeet Kaur Sidhu yang mewakili Noorazlina memohon supaya wang jaminan itu dikurangkan kepada RM7,000 dengan alasan tertuduh perlu menyara dua anaknya yang masih bersekolah.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Jun ini untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan