Pekerja Ladang Ayam Bebas Tuduhan Membunuh

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa melepas dan membebaskan seorang pekerja ladang ayam daripada tuduhan membunuh majikannya di Kampung SC, Mukim Hosba dekat sini tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Nazri Harun, 25.

Mohd Nazri didakwa membunuh Tan Ah Yee @ Tan Chong Chuan, 64, di kampung SC, Mukim Hosba dalam daerah Kubang Pasu antara pukul 8.30 malam hingga 9 malam pada 20 April tahun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, mayat Tan ditemui dalam rumahnya di kampung berkenaan yang musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11 malam pada hari kejadian.

Tertuduh yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa dia dan majukannya telah disamun dan dia pengsan selepas dipukul, dan apabila tersedar rumah majikannya itu didapati sudah terbakar.

"Mengikut laporan bedah siasat si mati didapati mati sebelum dibakar, akibat tembakan senapang pada bahagian dada.

"Pihak pendakwaan perlu membuktikan tertuduh telah menembak si mati, namun keterangan itu tidak dapat dibuktikan," kata Mohd Zaki. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan