Raisuddin Hamzah Masuk Hospital

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon popular era 1980-an, Raisuddin Hamzah dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang, dekat sini selepas mengadu sakit dada.

Raisuddin dikatakan mengadu sakit semasa dia dan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi sedang dalam perjalanan untuk menghadiri prosiding mahkamah berhubung isu perkahwinan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin.

Peguam syarie Nor Azmi Mohd Ariff memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai kejadian tersebut kira-kira sejam sebelum kes bermula.

Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin yang mendengar kes itu bertanyakan mengapa Raisuddin dihantar ke Hospital Tanjung Karang memandangkan dia beralamat di Hulu Klang.

"Dari Hulu Kelang nak ke Shah Alam mengapa lalu di Tanjung Karang? Melainkan jika kereta berjalan guna gear undur.

"Jangan saja-saja tidak datang ke mahkamah," katanya.

Bagaimanapun, beliau memutuskan untuk memberi peluang kedua kepada Raisuddin dan memerintahkan agar peguam mengemukakan bukti kemasukkan hospital pada prosiding akan datang.

Zainor Rashid menetapkan 22 Ogos depan sebagai tarikh baru perbicaraan permohonan bapa mertua Raisuddin, Suberi Abdullah untuk membubarkan perkahwinan tersebut.

Suberi, 51, memfailkan permohonan tersebut menerusi peguam Roshdan Sujak Rafie mengikut Seksyen Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Raisuddin, 55, dan Siti Fatimah, 25, berkahwin dengan berwalikan hakim pada 2 Januari 2007 di Songkhla, Thailand.

Pada perbicaraan lalu, Suberi pada keterangannya memberitahu, dia tidak pernah dimaklumkan mengenai perkahwinan tersebut selain menyangkakan anaknya berada di asrama sebuah institusi pengajian swasta pada hari pernikahan tersebut.

Dia juga mengakui masih tidak merestui perkahwinan tersebut kerana merasakan mereka tidak sepadan dari segi usia dan melibatkan maruah keluarganya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan