Peguam Umi Hafilda Diingatkan Hadir Ke Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali diingatkan supaya menghadiri prosiding di Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Jun depan.

Peringatan tersebut diberikan oleh Hakim, Datuk V. T Singham pada Isnin, semasa prosiding sebutan kes saman RM100 juta yang difailkan oleh Umi Hafilda terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali portal berita, MalaysiaKini.

Pada prosiding itu, seorang peguam bernama Hajjaral Aswani Ibrahim hadir bagi pihak peguam yang mewakili Umi Hafilda, iaitu Sahrihan Jani. Menurut Hajjaral Aswani, Sahrihan sedang mengendalikan kes lain di Mahkamah Tinggi Muar, Johor.

Mendengarkan perkara tersebut, Singham berkata: "Saya ingatkan peguam yang mengendalikan kes-kes sivil supaya hadir sendiri ke mahkamah dari masa kes semasa kes mereka disebut untuk pengurusan kes.

"Sekiranya peguam tiada masa untuk hadir, jangan ambil kes."

Mengenai alasan ketidakhadiran Sahrihan, Singham berkata, peguam berkenaan seharusnya menghantar surat kepada pihak mahkamah bagi membolehkan mahkamah membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Dalam kes ini, Umi Hafilda yang merupakan saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 memfailkan saman tersebut dengan menamakan Baginda Minda atau nama sebenarnya, Nor Azman Abdullah @ Baginda sebagai defendan pertama diikuti MKini Dotcom Sdn Bhd.

Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali itu mendakwa Nor Azman telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah secara sindiran pada sidang media yang dihadiri oleh sekumpulan wartawan di lobi Parlimen pada 15 Mac lalu.

Dakwanya lagi, defendan kedua telah menerbitkan kenyataan tersebut pada hari yang sama dalam bahasa Malaysia pada pukul 2.31 petang manakala versi bahasa Inggeris diterbitkan pada pukul 3.04 petang.

Artikel tersebut didakwa ditulis oleh wartawan Hazlan Zakaria dan bertajuk ‘Baginda pula jelajah ‘bongkar’ Ummi Hafilda’ dan ‘Ummi’s sex-partner threatens to ‘tells all’.

Umi Hafilda mendakwa, kenyataan tersebut membawa maksud bahawa dirinya seorang ahli perniagaan yang terdesak, wanita tidak bermoral dan mempunyai banyak skandal dan tidak jujur.

Seterusnya, Umi Hafilda juga mendakwa penerbitan artikel tersebut telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang individu berprofil tinggi dan sangat dikenali serta memegang pelbagai jawatan perniagaan dan sosial di Malaysia.

Selain itu, Umi Hafilda juga memohon perintah injunksi untuk melarang kedua-dua defedan daripada terus menerbikan kenyataan fitnah tersebut.

Saman tersebut difailkan sebanyak dua kali selepas Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd Yusof membatalkan saman itu pada 13 April lalu ekoran pihak yang terlibat, termasuk peguam kepada Umi Hafilda tidak hadir di mahkamah.

Saman itu difailkan untuk kali kedua pada 25m April lalu dan semasa itu penasihat undang-undang Umi Hafilda, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu, ketidakhadiran peguam adalah disebabkan kesilapan teknikal yang berpunca daripada penggunaan sistem e-filing oleh pihak mahkamah.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan