Mahkamah Tolak Bantahan Anuar Zain

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini ada Isnin, menolak bantahan yang dikemukakan oleh penyanyi popular, Anuar Zain terhadap bekas syarikat rakamannya, Synchrosound Records Label Music Sdn Bhd (Synchrosound) berhubung isu penolakan kos dalam tafsiran royaltinya.

Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Nazdia Abdul Aziz yang membuat keputusan itu pada prosiding di dalam kamar juga memerintahkan supaya penyanyi lagu Sedetik Lebih itu untuk menjelaskan kos sebanyak RM500.

Beliau seterusnya menetapkan sambung bicara kes pada 27 Jun depan dan dipercayai Synchrosound akan memanggil akautan syarikat sebagai saksi.

Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 41, mengemukakan bantahan tersebut ke atas isu penolakan kos yang dibangkitkan oleh Synchrosound kerana mendakwa perkara itu tidak pernah ditimbulkan pada peringkat awal pendengaran kes.

Selain itu, penolakan kos seperti kos produksi untuk menerbitkan album juga didakwa tidak pernah dinyatakan dalam kontrak perjanjian antara Anuar dan Synchrosound.

Pada prosiding itu, Anuar yang juga adik kepada penyanyi terkenal, Ziana Zain diwakili oleh peguam Aizul Rohan Anuar.

Prosiding tafsiran ganti rugi royalti tertunggak diadakan selepas Anuar berjaya dalam kes tuntutan saman balas bagi menuntut bayaran royalti daripada Synchrosound.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Dr Prasad Sandosham Abraham pada 14 Mei 2010 yang turut memerintahkan Synchrosound membayar kos dan faedah sebanyak lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006 kepada Anuar.

Penyanyi itu memfailkan tuntutan balas dan pembelaan pada 20 Jun 2006 setelah beliau di saman oleh Synchrosound pada 21 April tahun yang sama.

Synchrosound dalam samannya, mendakwa penyanyi itu memungkiri perjanjian apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, pada 27 Disember 2007, Penolong Kanan Pendaftar, Siti Aishah Ab. Rashid telah membatalkan tuntutan Synchrosound tersebut.

Dalam tuntutan balasnya, Anuar mendakwa, beliau dan Synchrosound seharusnya merakam dan mengeluarkan sebuah album sahaja tetapi syarikat itu telah melibatkannya dalam lebih daripada dua buah album.

Bagaimanapun, dakwanya, syarikat itu tidak pernah memberikan sebarang butiran atau penyata mengenai penjualan album-album tersebut seperti yang dikehendaki dalam perjanjian.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan