Peguam Warga Iran Curi Arak Di Carrefour Dihukum Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peguam warga Iran dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana mencuri sebotol arak di sebuah pasar raya minggu lepas.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Reza, 29, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan, yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Inggeris, kerana mencuri sebotol minuman keras bernilai RM95 di pasar raya Carrefour, Sri Petaling, di sini pada 9 malam 14 Mei lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, peguam Wan A Fadzil Wan Omar, yang mewakili Ahmad, memohon supaya hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya itu yang berada di Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti tempatan.

"Tertuduh juga tidak mempunyai wang yang banyak. Oleh itu, saya memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya dan tertuduh juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Abu Hassan Ramli memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan