Nenek Dihukum Gantung - Berita Mahkamah | mStar

Nenek Dihukum Gantung

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang nenek berusia 64 tahun selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ketamin, dua tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman tersebut selepas berpendapat pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh, Fazila Bee Abdul adalah tidak masuk akal.

Menurut beliau, mahkamah tidak boleh menerima keterangan bersumpah tertuduh yang mengatakan dia datang ke negara ini daripada Chenai, India untuk bekerja sebagai pembantu rumah ekoran keadaan keluarganya yang susah.

Fazilah yang mempunyai tiga orang anak di kampung halaman seterusnya mendakwa, seorang wanita telah meminta dia untuk mendaftar masuk sebuah beg yang terkandung dadah itu atas alasan mereka akan bekerja di tempat yang sama.

Bagaimanapun, Noor Azian berkata, berdasarkan visa dan pasport antarabangsa tertuduh, didapati visa tersebut adalah visa pelancong.

"Sebagai orang yang mahu datang untuk bekerja, tertuduh mesti tahu nama majikan dan tempat bekerja serta sudah mempunyai permit kerja.

"Tertuduh juga memberitahu usianya adalah 64 tahun, tetapi saya melihat ketrampilannya adalah lebih daripada usia tersebut, jadi tak mungkin ada orang yang masih mahu ambil dia sebagai pembantu rumah," katanya.

Selain itu, Noor Azian juga berkata, keterangan tertuduh adalah saling bercanggah dan tidak konsisten serta lebih kepada rekaan semata-mata.

"Mahkamah mendapati pembelaan tertuduh gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan dan oleh itu tertuduh didapati bersalah seperti pertuduhan," katanya.

Keputusan itu dibuat selepas perbicaraan yang melibatkan enam saksi pendakwaan manakala tertuduh tidak mengemukakan saksi lain untuk menyokong pembelaannya.

Semasa hukuman itu dijatuhkan, Fazilah kelihatan tenang sehinggalah peguam K. A. Ramu yang mewakili tertuduh menghampirinya dan menerangkan keputusan mahkamah.

Sebaik sahaja menyedari dia dihukum mati, Fazilah menangis dan menadah tangannya untuk berdoa.

Fazilah didakwa atas pertuduhan mengedar 2,925 gram ketamin pada pukul 2.30 petang, 13 Februari 2009 di Kaunter Pemeriksaan Kastam A, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini.

Berdasarkan keterangan pada perbicaraan, dadah tersebut disembunyikan di bahagian dinding beg beroda warna kelabu yang dibawa oleh tertuduh.

Fazilah diarahkan untuk menjalani pemeriksaan selepas seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia (Kastam) curiga dengan ketebalan dinding beg itu dan tertuduh telah menyerahkan kunci mangga beg itu.

Sejak dihadapkan ke mahkamah, Ramu telah menghantar lima representasi kepada Jabatan Peguam Negara, tetapi semuanya ditolak.

Pada prosidng itu, Pegawai Pendakwa Kastam, Nursarah Dina Baharudin yang menyebut bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya, Naziah Mokhtar yang mengendalikan perbicaraan sebelum ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan