Pemandu Lori Didakwa Angkut 15,200 Karton Rokok Seludup

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Khamis terhadap tuduhan mengangkut 15,200 karton rokok kretek seludup yang dianggarkan bernilai RM255,360 Isnin lepas.

Leaw Chong Woei, 41, yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 4.30 pagi di Kampung Bahagia, Jalan Kuala Terengganu-Jerteh, Permaisuri.

Dia didakwa mengangkut 11,200 karton rokok jenis Gudang Garam Surya, 2,900 karton rokok Gudang Garam Surya (Hijau) dan 1,100 karton rokok Gudang Garam Nusantara (Merah).

Leaw didakwa mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum menurut Seksyen 135 (iii)(aa) akta yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tidak lebih tiga tahun atau denda tidak kurang 10 kali nilai barang kes dan tidak lebih 20 kali nilai barang kes, atau kedua-duanya sekali.

Jumlah minimum denda 10 kali nilai barangan ialah RM2,553,600 dan denda maksimum 20 kali ganda nilai barang bagi kes ini ialah sebanyak RM5,107,200.

Majistret Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Kastam Mohd Fadil Muhamad Yunus. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan