Kes Saman Syabas Terhadap Tony Pua Ditetapkan 20 Jun

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Khamis menetapkan 20 Jun untuk pengurusan kes saman Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee berhubung kenyataan fitnah di dalam akhbar berbahasa Cina.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di dalam kamar.

Syabas memfailkan saman fitnah ini pada 28 Januari lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Sreenevasan Young.

Menerusi penyataan tuntutan, Syabas mendakwa akibat penerbitan perkataan fitnah pada 16 November 2010 itu, reputasi perniagaan Syabas telah diperkecil-kecilkan dan dicemuh masyarakat hingga membawa kerugian kepada mereka.

Syabas menuntut satu injunksi untuk menghalang sama ada melalui Tony Pua sendiri atau agennya daripada menerbitkan perkataan fitnah terhadap Syabas.

Selain itu, Syabas juga menuntut ganti rugi am, faedah 8 peratus setahun dan kos.

Bagaimanapun menerusi kenyataan pembelaan pada 14 Mac lalu, Tony menafikan bahawa beliau mengeluarkan perkataan fitnah itu dan mendakwa permohonan Syabas adalah tidak wajar serta tidak terdapat apa-apa asas pun untuk perintah injunksi terhadap defendan.

Beliau memohon supaya permohonan Syabas ditolak dengan kos. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan